Jabatan Imigresen (JIM) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasaan itu yang kononnya boleh melepaskan pendatang tanpa izin dengan bayaran tertentu.
Polis menahan lapan lelaki termasuk enam pendatang tanpa izin yang ditemukan berbaring di belakang sebuah lori satu tan di tepi jalan Pekan Bedong, dekat Kuala Muda, semalam.
Lapan warga tempatan antara 15 individu disyaki tekong darat yang ditahan polis dalam 10 serbuan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) di Selangor sejak 1 Jan lepas hingga semalam
KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Sanggup terjun dari tingkat dua rumah kedai demi meloloskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa antara tindakan berani yang dilakukan pendatang tanpa izin ketika Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur melakukan beberapa serbuan di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 188 pendatang tanpa izin ketika leka “melayan” muzik “dugem” (dunia gemerlap) dalam operasi khas di sebuah pusat hiburan di kawasan Pudu di sini, kira-kira 2 pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 30 MEI: Premis yang dipercayai menempatkan ribuan pendatang tanpa izin di Selayang Utara, dekat sini diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Kachi malam tadi dengan 225 premis kediaman dan perniagaan diperiksa.
KUALA LUMPUR, 6 MAC: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.
KUALA LUMPUR, 27 JAN: Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.
KUALA LUMPUR, 4 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 53 pendatang tanpa izin dalam operasi Op Kutip di kawasan sekitar sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor menahan 80 pendatang tanpa izin dalam operasi khas, Op Sapu, sempena Tahun Baharu 2025 di kompleks beli-belah di Seri Kembangan, dekat sini semalam.
IPOH, 12 OGOS: Polis menahan sebuah bot yang hanyut bersama 30 pendatang tanpa izin warga Indonesia, kira-kira 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di Perairan Manjung, semalam.
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Seramai 59 pendatang tanpa izin termasuk 22 wanita ditahan dalam ‘Ops Sapu’ yang dilaksanakan Jabatan Imigresen ke atas 22 unit kediaman di sebuah apartment di Kepong, awal pagi ini.
TAPAH, 5 FEB: Dua pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor ditahan sedang berjalan kaki di dalam kebun sawit Felda Sungai Klah, Sungkai di sini tengah hari tadi, menjadikan 56 pendatang tanpa izin diberkas semula setakat 2 petang ini.
LUMUT, 5 FEB: Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor.
IPOH, 4 FEB: Dua lagi pendatang tanpa izin yang melarikan dari Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, pada Khamis lepas berjaya ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan 41 orang setakat 7 pagi ini.
TAPAH, 3 FEB: Jabatan Imigresen mengesahkan 10 pendatang tanpa izin di Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor di sini yang melarikan diri Khamis lalu berjaya ditahan setakat pagi ini. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya kini sedang mengesan baki 120 pendatang...
KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menggempur tiga kawasan panas lokasi tumpuan pendatang tanpa izin di sekitar ibu kota malam tadi dan menahan 31 warga asing atas pelbagai kesalahan.
KUALA LUMPUR, 2 DIS: Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 OKT: Jabatan Imigresen menahan 136 pendatang tanpa izin termasuk enam wanita yang menyewa beberapa unit kondominium termasuk unit ‘penthouse’, di Jalan Munshi Abdullah di sini, awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dan menahan 51 pendatang tanpa izin dalam Op Gelombang V di Kota Bharu, Kelantan Rabu lalu.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.